Hii King Chiong Berjanji Membaiki Jambatan Dan Jalan Bagi Menjamin Keselamatan Penduduk Setinggan

16.04.2016--Calon langsung Barisan Nasional (BN) Pujut Dato Hii King Chiong hari ini membuat lawatan ke kawasan setinggan Pujut 3 di tebing sungai untuk memeriksa sebuah jambatan kayu yang rosak dan segera berjanji akan membaiki jambatan kayu lama itu dan meletakkan batu kerikil pada jalan.

Semasa lawatan pemeriksaan Hii, penduduk setinggan datang berjumpa dan meminta beliau untuk membantu membaiki jambatan kayu dan jalan. Hii segera bersetuju untuk memberi bantuan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menaik taraf infrastruktur asas di konstituensi Pujut.

Jambatan sepanjang 500 meter itu menghubungkan kawasan setinggan Pujut 3 dengan kawasan setinggan Pujut 4. Terdapat kira-kira 200 orang yang menetap di kawasan setinggan Pujut 3. Jambatan tersebut sangat buruk keadaannya and boleh menyebabkan kecederaan kepada pengguna.

Pada pagi ini sewaktu pihak media sedang mengambil gambar, tiba-tiba jambatan itu roboh kerana tidak terdaya menanggung berat beberapa orang. Nasib baik para wartawan sempat mengelak dengan cepat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hii berkata mereka akan membantu meningkatkan infrastruktur termasuk penyelenggaraan jalan dan jambatan di kawasan setinggan Pujut 3. Pembaikan jambatan kayu tersebut mesti dilaksanakan dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan.

Beliau berkata demikian kepada media pada hari ini selepas lawatan pemeriksaannya ke kawasan setinggan Pujut 3 bersama dengan pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pujut kaunselor Bruce Chai, pengerusi UPP Senadin kaunselor Keith Chin, pemangku pengerusi UPP Piasau Christopher Sim dan lain-lain lagi.

Hii telah dinamakan oleh Ketua Menteri sebagai calon langsung BN di kerusi DUN Pujut dan oleh itu memikul tanggungjawab yang berat untuk memenangi semula kerusi Pujut.

Berhadapan dengan situasi baru, masalah baru dan cabaran baru, Hii berikrar akan melakukan yang terbaik untuk meningkatkan infrastruktur, keselamatan dan kebajikan di konstituensi Pujut dengan objektif meningkatkan kualiti hidup rakyat.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2683","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]