Hii King Chiong Berjanji Memberi Fokus Sepenuhnya Kepada Pembangunan Konstituensi Pujut

03.05.2016--Pengundi Pujut berasa kecewa kerana konstituensi mereka dianggap oleh orang lain sebagai kawasan hitam. Calon langsung Barisan Nasional (BN) Pujut Dato Hii King Chiong berjanji akan melakukan yang terbaik untuk membawa penambahbaikan dan perubahan kepada konstituensi Pujut sekiranya beliau terpilih menjadi wakil rakyat pada pilihan raya negeri ini.

Katanya, beliau dan pasukannya akan memberi tumpuan kepada isu-isu kehidupan penduduk konstituensi Pujut, menaik taraf infrastruktur asas dan mengukuhkan kawalan keselamatan di kawasan itu.

Hii memberi penekanan terhadap memastikan suasana kehidupan yang baik untuk rakyat. Ini juga sebab mengapa beliau berjalan serata Miri untuk meninjau konstituensi Pujut, Senadin dan Piasau dan membantu rakyat tanpa mengira kaum, etnik dan agama. “Saya berasa sedih melihat golongan yang menghadapi kesusahan dan akan melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat yang memerlukannya.”

“Sejak saya mengasaskan Majulah Miri lima tahun yang lalu, saya telah mewujudkan satu pasukan bersama dengan sekumpulan professional untuk berkhidmat kepada golongan yang memerlukan bantuan.” Hii berkata falsafah perkhidmatan mereka sangatlah ringkas - di mana ada keperluan, kami akan berada di sana untuk membantu.

Beliau juga mengingatkan pengundi supaya tidak membiarkan emosi mempengaruhi keputusan mereka pada pilihan raya negeri ini. Beliau merayu kepada mereka supaya mengundi Pasukan Adenan daripada BN untuk pembangunan dan kemajuan yang terjamin.

Hii menekankan bahawa rakyat adalah bos yang sebenar dan wakil rakyat pula bekerja untuk rakyat. Sekiranya beliau terpilih menjadi wakil rakyat pada pilihan raya negeri ini, beliau akan melakukan yang terbaik untuk memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya.