Hii King Chiong : Realiti Jauh Mengatasi Kepetahan Lidah, Kebenaran Akan Didedahkan Tidak Lama Lagi

30.09.2016 --Realiti jauh mengatasi kepetahan lidah, kebenaran akan didedahkan melalui mahkamah satu hari nanti!

Dato Hii King Chiong dengan sopannya menolak temubual media selepas sesi mahkamah tetapi beliau memberi kenyataan bahawa kes “dua kerakyatan” Ting Tiong Choon diberi perhatian yang serius dan orang ramai juga tidak sabar untuk mengetahui keputusan penghakiman.

Beliau berharap melalui litigasi itu, orang ramai akan jelas mengetahui bahawa Ting Tiong Choon tidak layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan tidak layak menyertai pilihan raya negeri.

Oleh kerana sesi mahkamah bagi kes tersebut baru sahaja bermula pada pagi ini, Hii berkata beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan lanjut sebagai tindakan menghormati mahkamah.

“Saya tidak akan mencontohi tindakan Ting Tiong Choon atau ahli-ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang lain dalam mengeluarkan kenyataan yang palsu dan tidak berasas mengenai kes itu. Saya hanya berharap kebenaran akan didedahkan secepat mungkin agar orang ramai jelas mengetahui bahawa Ting Tiong Choon tidak layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.”