Hii King Chiong : Tujuan Saya Melindungi Kepentingan Sarawak Dan Bukannya Saya Enggan Menerima Kekalahan!

21.06.2016--Berkenaan dengan tuntutan dua kerakyatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon, calon langsung Barisan Nasional (BN) Dato Hii King Chiong melahirkan rasa kecewa dengan pernyataan Ting bahawa beliau enggan menerima keputusan pengundi Pujut. Jelasnya, beliau  menghormati dan menerima sepenuhnya keputusan pilihan raya tetapi tetap berjuang untuk melindungi kepentingan rakyat Sarawak dan akan menyerahkan siasatan untuk kebenaran kepada prosedur undang-undang.

Hii menegaskan bahawa beliau memfailkan petisyen pilihan raya pada dasarnya untuk kepentingan negeri dan bukannya untuk kepentingan diri kerana isu tersebut membabitkan undang-undang dan Perlembagaan Sarawak.

Hii seorang pemimpin yang tidak gentar untuk mempertahankan kebenaran dan berpendapat bahawa Ting juga harus berani tampil ke depan untuk menjelaskan kebenaran jika beliau ikhlas dalam mewakili dan berkhidmat kepada rakyat.

Pada pendapatnya, rakyat Sarawak khususnya pengundi Pujut berhak mengetahui wakil yang mereka undi, sama ada beliau mematuhi undang-undang dan mengikrarkan taat setia kepada Sarawak dan Malaysia.

Katanya, beliau berani membawa perkara tersebut ke mahkamah kerana berasa adalah tanggungjawabnya untuk melindungi kepentingan rakyat dan Sarawak dan bukannya bertindak seolah-olah enggan menerima kekalahan. Beliau menjelaskan bahawa seorang warganegara yang baik semestinya menghormati undang-undang dan menegakkan nilai keadilan dan kesaksamaan.

Berkenaan isu dua kerakyatan, beliau akan menyerahkan siasatan untuk kebenaran kepada pihak polis.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"2863","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"480","typeof":"foaf:Image","width":"349"}}]]