Beramah Mesra Di hari Krismas.
25.12.12 - Sempena sambutan Krismas, En.Hii King Chiong dan Datuk Lee Kim Shin hari ini meluangkan masa merekan dengan mengunjungi rumah terbuka rakan - rakan mereka yang beragama Kristian di sekitar Bandaraya Miri.
Kediaman Salena Pail, seorang wartawan Borneo Post merupakan rumah pertama yang mereka kunjungi. Kedatangan kedua - dua tetamu kehormat ini disambut meriah oleh keluarga dan juga teman - teman rapat Salena.
Selepas menikmati makanan tempatan serta kuih - muih hidangan Salena dan diakhiri dengan sesi bergambar, rombongan En.Hii berolak dari Taman Tunku ke rumah Pegawai Daerah Miri, En. Boniface Intang Apat di Jalan Medical.
Rombongan mereka bertambah meriah lagi apabila mereka bersatu dengan rombongan Datuk Majlis Bandaraya Miri, Kr Lawrance Lai yang kebetulan mengunjungi rumah En.Boniface.
Kedua - dua rombongan saling mengucapkan ucapan selamat hari Krismas sambil berkongsi kemeriahan rumah terbuka tersebut dengan sesi fotograi kenang - kenangan dengan semua tetamu jemputan.
Kemudian En. Hii mengiringi Datuk Lee Kim Shin yang juga merupakan Menteri Muda Perhubungan dan Menteri Muda Sukan Sarawak meneruskan kunjungan Krismas ke rumah Kr Kijan Toybee iaitu Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak.
Disini kemeriahan sambutan Krismas bertambah meriah apabila kedua - dua tetamu kehormat diberi kejutan oleh tuan rumah untuk menarikan tarian tradisional Orang Ulu. Datuk Lee dan En.Hii serta Kr Kijan kemudian dihadiahkan tempukan gemuruh selepas berjaya memberikan persembahan yang sangat menghiburkan.
Seterusnya rumah En.George Francis, seorang wartawan media tempatan dan En.Richard Wil Uban, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri juga termasuk dalam senarai rumah terbuka yang dikunjungi oleh rombongan tersebut.
Selepas beramah mesra dengan ahli - ahli keluarga En.Richard dan menjamu selera, En.Hii mengakhiri kunjunga beliau hari pertama Krismas tahun ini.
Datuk Lee pula meneruskan kunjungan Krismas beliau ke kawasan Permyjaya dan Tudan dimana kedatangan beliau disambut oleh penyokong - penyokong setia beliau.
Rombongan Datuk Lee dan En.Hii turut disertai Kr Lawrance Lai, Kr Lawrance Kong, Ketua - Ketua Wanita PBB Cawangan Piasau, Pujut dan Senadin, Kr Hjh Khadijah Hj.Muip, Kr Hjh Lela Mohamad dan Puan Nilawati Simat, rakan - rakan En.Hii's serta kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"214","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"359","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Datuk Lee, En.Hii, Kr Kijan dan ahli - ahli keluarga serta tetamu undangan mengabdikan gambar kenangan sempena kunjungan rumah terbuka Krismas di kediaman Kr Kijan.