Hii King Chiong: Wang Adalah Sekadar Harta Duniawi, Kesihatan Barulah Paling Bernilai!

18.01.2015--Presiden Kehormat Dan Penasihat Persatuan Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang Dato Hii King Chiong berkata bahawa wang adalah sekadar harta duniawi dan kesihatan barulah paling bernilai. Beliau berharap semua akan terus berlatih Senaman Qigong Hunyuan Hexiang dan seterusnya mempertingkatkan popularitinya.

Penasihat Persatuan Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang Dato' Lau Tang Chin Hang hari ini memberi ucapan bagi pihak tetamu kehormat Dato Hii King Chiong pada Mesyuarat Agung Tahunan 2015 merangkap Pilihanraya Jawatankuasa Ke-6 (Tahun 2015-2016).

Hii berterima kasih kepada perpaduan dan kerjasama semua dalam memastikan urusan persatuan berjalan lancar. Persatuan Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang telah berkembang maju, cemerlang dalam semangat berpasukan dan memanfaatkan komuniti di bawah kepimpinan baik Encik Hii Teck Yun dan para mentor.

“Persatuan Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang bukan sahaja diminati komuniti tempatan tetapi juga menerima sambutan baik daripada kawan-kawan dari negara-negara asing. Layanan mesra dan pengajaran teliti kami telah menerima pujian tinggi.”

Hii berkata bukannya mudah untuk sesuatu persatuan dalam menggalakkan aktiviti-aktiviti kesihatan fizikal kerana ia bukan sahaja memerlukan tenaga kerja, sumber dan masa tetapi lebih penting lagi motivasi diri, tumpuan dan kesungguhan untuk belajar daripada para ahli dan pelajar.

“Kami amat bertuah kerana mempunyai para mentor baik yang berdedikasi. Saya rasa terharu dan kami mesti menghormati dan menghargai sumbangan dan ajaran mereka.”

Beliau menegaskan bahawa Senaman Qigong Hunyuan Hexiang merupakan senaman pemulihan purba yang mudah dipelajari dan sukar dikuasai. Dengan latihan berterusan, seseorang akan menikmati kesan-kesan kecergasan dan kekuatan. Oleh itu, Hii menasihati rakan-rakan yang berputus asa agar kembali dan menyambung semula latihan untuk kesihatan dan kebahagiaan. Beliau juga berharap urusan mesyuarat agung tahunan dan pilihanraya jawatankuasa berjalan lancar di mana para pemimpin dan ahli akan mengkaji masa lalu dan merancang untuk masa depan bagi membawa Persatuan Senaman Qigong Hunyuan Hexiang Zhuang ke tahap yang lebih tinggi.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"1660","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]