Project Pembinaan Jalan Raya Berkembar
12.03.13--Dalam satu sidang media pagi ini, En.Hii King Chiong memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Miri khususnya pengguna ~ pengguna jalanraya di atas kelewatan projek pembinaan jalan raya berkembar yang menghubungkanTaman Tunku dengan Bandaraya Miri dan kawasan sekitarnya.
“Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pihak terutamanya pengguna - pengguna jalan ini di atas kelewatan projek pembinaan jalan raya ini. Selaku kontraktor, kami tiada niat atau sengaja melambatkan pembinaan jalan raya ini tetapi ianya tergendala atas sebab - sebab tertentu”, jelas En.Hii ketika meninjau kerja - kerja pembinaan yang sedang giat dijalankan ketika ini.
Menurut En.Hii kelewatan pembinaan tersebut adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Antara faktor utama ialah kekurangan bekalan bahan ~ bahan binaan, keengganan penduduk ~ penduduk setinggan yang menduduki tapak jalanraya tersebut untuk berpindah pada masa yang telah dtetapkan dan juga beberapa faktor sampingan lain.
Beliau seterusnya memberi jaminan bahawa projek pembinaan tersebut akan siap sepenuhnya akhir April ini dan dengan siapnya jalan raya ini ianya dijangka mampu mengurangkan masalah kesesakan yg sering dihadapi oleh pengguna ~ pengguna ketika ini.
“Dengan adanya bekalan yang mencukupi dan kegigihan semua yang terlibat, saya memberi jaminan projek ini akan siap sepenuhnya akhir April ini”, kata beliau.
En.Hii juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengkritik beliau & mempolitikkan isu kelewatan projek pembinaan tersebut. Jelas En.Hii walaupun ada kritikan yg menyerang secara peribadi tetapi ianya tidak mematahkan semangat beliau dalam menabur khidmat bakti kepada masyarakat Miri khususnya dan rakyat Sarawak amnya.
Agenda En.Hii seterusnya ialah melawat tapak pembinaan SJKC Chiaw Nam yang juga terletak di Taman Tunku.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"909","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"342","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii memberi jaminan projek pembinaan jalan raya tersebut akan siap sepenuhnya akhir April ini.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"910","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Sebahagian daripada jalan raya sepanjang 5.5km yang telah siap diturap.