AmalanTolenransi Dan Bersatupadu Untuk Kejayaan Yang Cemerlang

01.01.13. - Ketika kebanyakkan masyarakat meluangkan masa sempena cuti tahun baru bersama keluarga tersayang, En.Hii King Chiong pula menggunakan kesempatan ini untuk menziarahi kampung - kampung di sekitar Lutong.

Kampung pertama yang diziarahi oleh En.Hii serta rombangan ialah Kampung Api - Api, sebuah penempatan setinggan dan mempunyai lebih kurang 1,080 orang penduduk dari 260 keluarga. Ketibaan En.Hii disambut dengan penuh mesra oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Ketua Kaum En.Manchang Ak Aking serta Pengerusi JKKK En.Joseph Suka.

Program yang antara lainnya bertujuan untuk mempertingkatkan hubungan silaturahim yang terjalin turut disertai oleh beberapa ahli Majlis Bandaraya Miri.

Program ziarah ini adalah juga untuk meraikan sambutan tahun baru dan kehadiran rombangan En.Hii serta penduduk kampung disajikan dengan pelbagai jenis hidangan.

“Saya dan anak - anak buah saya sangat berterima kasih kepada En.Hii yang telah banyak menolong kami. Setelah hampir 30 tahun menetap di sini kami sering diabaikan oleh pihak - pihak berkenaan. Kami berdepan dengan banyak masalah dan kini kami bersyukur kerana En.Hii sudi membantu. Walaupun tidak semua masalah kami dapat diselesaikan tetapi kami bersyukur sekurang - kurangnya En.Hii dapat meringankannya. Kami tidak berharap kepada wakil- wakil rakyat kerana mereka hanya berjanji kosong. Sekarang kami perlukan seorang wakil rakyat yang dapat menolong rakyat dan kami menyokong En.Hii King Chiong”, luahan kata - kata En.Joseph Suka dalam ucapan ringkasnya sambil diberi sokongan padu daripada penduduk kampung.

Selepas itu rombangan En.Hii terus menziahi Kampung Merikan 3, Kampung Pasir Simpang 3 & Simpang 4 dan berakhir di Kampung Sealine. Seperti di Kampung Api - Api, ketibaan rombongan En.Hii juga disambut penuh meriah oleh dan turut disajikan dengan pelbagai jenis hidangan.

Dalam menjawab permintaan daripada penduduk di kelima - lima kampung tersebut, “Saya sedia membantu anda tetapi kita akan lakukannya satu - persatu. Kita akan memberi tumpuan kepada yang lebih memerlukan”, jelas En.Hii sambil mengucapan selamat tahun baru kepada para hadirin.

Dalam majlis yang sama, En.Hii juga telah bersetuju untuk membina semula jambatan kayu disekitar Kampung Pasir Simpang 3 dan kerja - kerja pembinaan akan bermula dalam waktu yang terdekat.

Sementara itu Penyelaras Pusat Khidmat Hii & Chin, Kr Keith Chin menyeru penduduk - penduduk kampung supaya sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bersatupadu.

“Kita akan mencapai kejayaan yang sangat cemerlang jika kita berpegang teguh kepada amalan toleransi dan bersatupadu”, seru beliau.

Program ziarah En.Hii hari ini turut disertai kru berita RTM Miri serta beberapa wartawan media tempatan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"273","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii sempat bermesra dengan kanak ~ kanak di Kampung Merikan 3.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"275","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Pengerusi JKKK Kampung Pasir Simpang 4, En. Layang Ak Ikui sedang ditemuramah pihak media.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"276","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Ketibaan En.Hii diberi sambutan meriah oleh penduduk Kampung Api ~ Api.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"277","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii bersetuju untuk membina semula jambatan kayu disekitar Kampung Pasir Simpang 3.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"278","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Jambatan kayu disekitar Kampung Merikan 3 telah dibaik pulih oleh En.Hii.