Kebajikan Masyarakat Menjadi Keutamaan Kami
07-01-2013--Kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) baru - baru ini telah mengadakan lawatan kerja ke Kampung Wireless. Lawatan yang diketuai oleh Kr Keith Chin bertujuan untuk meninjau kerja - kerja membaikpulih jambatan pejalan kaki serta mengenal pasti
masalah - masalah lain yang dihadapi oleh penduduk kampong tersebut.
Pada pertengahan November 2012, dalam satu sesi ziarah ke Kampung Wireless, En.Hii King Chiong telah bersetuju untuk membina semula jambatan kayu yang telah usang di sekitar kampung tersebut. PKM HKC telah dimaklumkan bahawa penduduk - penduduk kampung telah
beberapa kali membuat permohonan daripada pihak berkuasa tempatan dan juga wakil - wakil rakyat untuk membaikpulih jambatan tersebut namun permohonan mereka sehingga kini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Kr Keith ketika diminta mengulas berkata", sejak puluhan tahun titian kayu ini menjadi kegunaan utama penduduk di sini. Hampir semuanya dalam keadaan yang usang dan boleh mendatangkan bahaya terutamanya kepada kanak - kanak dan juga warga emas. Semasa program ziarah ke kampung ini bulan November lepas, mereka telah mengemukakan masalah titian kayu ini dan kita bersyukur En.Hii telah bersetuju untuk membantu. Beberapa hari kemudian kerja - kerja membina semula titian kayu ini telah dimulakan dan kini 80% daripada nya telah siap dibina dengan jayanya".
Beliau selanjutnya menjelaskan,"kedatangan kami hari ini ialah untuk memastikan tiada kawasan yang terlepas pandang. Kami menerima beberapa lagi permintaan tambahan dan kami berharap permintaan mereka akan mendapat tindakan yang sewajarnya dari En.Hii".
Lawatan kerja ini turut diiringi Ketua Wanita & Pemangku Ketua PBB Ranting Kampung Wireless, Kak Leha & Sdr Ibrahim Nor, Timbalan Ketua Pemuda PBB Cawangan Piasau Sdr Mold Khaidir Hj.Amin, Penyelaras PKM HKC Kampung Wireless, Sdr Sarbini Japar serta beberapa penduduk kampung.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"341","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Kr Keith Chin (3 dari kanan), Mohd Khaidir (3 dari kiri), Sarbini (kiri), Kak Leha (2 dari kanan)serta penduduk kampung bergambar kenangan pada hari tersebut.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"342","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Kr Keith dan beberapa penduduk kampung sama - sama meninjau sekitar kampung.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"343","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Sebahagian daripada dinding dan titian kayu ini akan dibaik pulih.