Pertandingan Nyanyian Untuk Warga Emas
12-01-2013--Selepas merasmikan pertandingan nyanyian lagu-lagu klasik Cina yang diadakan di “The Old Man Street”, Persiaran Kabor, En. Hii King Chiong mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan orang ramai dan juga peniaga - peniaga di kawasan berkenaan.
Mereka saling bertanya khabar sambil berharap masyarakat berbilang kaum di sini akan bertambah makmur dan sentiasa mempertingkatkan keharmonian.
“The Old Man Street” yang terletak di tengah - tengah Persiaran Kabor, Taman Jade Manis terkenal sebagai sebuah tempat dimana warga emas di bandaraya ini bertemu.
Terdapat beberapa buah kedai makanan yang menghidangkan pelbagai jenis masakan Cina di sini. Selain itu juga terdapat beberapa buah kedai yang menjual pelbagai keperluan harian.
Untuk memenuhi masa yang terluang sambil menikmati secawan kopi,warga emas di sini sering menganjurkan pelbagai pertandingan. Permainan Catur Cina merupakan permainan yang sering mendapat sambutan hangat. Sesiapa yang tewas akan dikenakan denda dengan membayar bil minuman pemenang.
En.Hii yang juga Penasihat Persatuan Penjaja - Penjaja Bersekutu Malaysia adalah penaja utama pertandingan tersebut yang dianjurkan oleh Ahli - Ahli Jawatankuasa “The Old Man Street”.
Pertandingan ini hanya terbuka kepada warga emas dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat - peminat lagu klasik Cina.
Berbagai hadiah menarik telah disediakan untuk dibawa pulang oleh para pemenang.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"408","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii beramah mesra dengan orang ramai ketika berada di“The Old Man Street”.