Hii King Chiong - Kunjungan Ke Pasar Malam Gong Xi Fat Chai

04.02.13--Kunjungan En. Hii King Chiong ke Pasar Gong Xi Fat Chai yang terletak ditengah - tengah pusat Bandaraya Miri semalam telah mendapat sambutan mesra dari penjaja - penjaja dan juga pengunjung - pengunjung pasar malam tersebut.

“Saya sungguh terharu dengan sambutan ini dan berharap penjaja - penjaja di sini akan menjadikan pasar ini sebuah tempat untuk menambah pendapatan sampingan mereka. Walaupun pasar ini hanya beroperasi sementara tetapi ianya berjaya menarik ramai penjaja dan juga pengunjung. Saya juga ingin mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Miri dan semoga tahun ini akan membawa kejayaan yang lebih bermakna kepada kita semua”, jelas En.Hii.

Kunjungan En. Hii yang juga merupakan Penasihat Persatuan Penjaja - Penjaja Malaysia ke pasar tersebut turut disertai Menteri Muda Perhubungan & Sukan, Datuk Lee Kim Shin, Datuk Bandaraya Miri Kr Lawrence Chai, Pengerusi serta ahli - ahli jawatankuasa Dewan Perniagaan Cina Miri & Persatuan Penjaja - Penjaja Bersekutu Miri. Kr Lawrence Lai, pegawai - pegawai Majlis Bandaraya Miri, kakitangan serta sukarelawan Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong.

Pasar tersebut diadakan setahun sekali dan menjual pelbagai keperluan asas khusus untuk masyarakat Cina menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Di samping itu makanan halal juga disediakan oleh ahli - ahli jawatankuasa Pasar Malam Saberkas yang turut berniaga di tapas berkenaan.

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"556","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En. Hii bersama - sama pengikut setia beliau ketika mengabdikan kenangan di hadapan tapak pasar tersebut.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"557","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Penyokong setia....kunjungan muhibbah En Hii ke Pasar Gong Xi Fat Chai  turut disertai beberapa penduduk Kpg Api - Api dan juga dari Kpg Pasir Simpang Lutong
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"558","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii dan Datuk Lee beramah mesra dengan penjaja - penjaja Pasar Gong Xi Fat Chai
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"559","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Disini ada segalanya...
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"560","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"320","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Anda seorang yang berjiwa rakyat jelas seorang penjaja kepada En.Hii..
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"561","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii dan Datuk Lee bersama penjaja Melayu yang turut mencari rezeki di pasar tersebut.
 

[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"562","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"360","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
Pasar Gong Xi yang bermula semalam berjaya menarik ramai penjaja dan juga pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat Miri dan juga dari negara Brunei Darusalam.