Malam Bersama Media - Tingkatkan Tanggungjawab Dan Responsif.
17.12.12--Pengasas Pusat Khidmat Masyarakat Hii King Chiong (PKM HKC) En. Hii King Chiong hari ini berkata dalam usaha untuk mendapatkan kepercayaan dan sokongan masyarakat terhadap mediamasa, para penggiat media haruslah menanam sikap bertanggungjawb dan bertindak balas dengan segera dalam menyalurkan bahan - bahan berita.
“Untuk mendapat kepercayaan dan sokongan masyarakat kita haruslah bekerja keras dalam mempertingkatkan integriti dan kredibiliti. Kita mestilah menjadikan bahan berita yang akan kita siarkan sebagai satu khidmat kepada masyarakat dan bukannya sebagai satu produk sahaja, dengan meletakkan kepentingan masyarakat lebih dari segalanya. Disamping itu kita juga hendaklah berusaha sekerasnya untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan penuh teliti dan jujur."
Justeru itu, saya menyeru para wartawan dan penyunting - penyunting berita supaya mengamalkan sikap bertanggungjawab dan responsif dalam menyalurkan berita - berita serta informasi yang tepat dan tidak berat sebelah”, kata beliau ketika memberi ucapan pada majlis Bersama Media dan Makan Malam Pra Krismas 2012 di sebuah hotel terkemuka di sini malam tadi.
Majlis anjuran bersama PKM HKC dan Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) ini bertujuan untuk mempertingkatkan persefahaman, integriti serta mengeratkan hubungan dua hala antara penggiat media PKM HKC dan para wartawan media massa tempatan.
Antara tetamu undangan khas pada majlis tersebut ialah Datuk Bandar Majlis Bandaran Miri, Kr Lawrance Chai, Presiden NSJA En.Rick Wong, Pengerusi Penganjur Bersama En.Jason Wong, Kr Lawrance Kong, ahli Majlis Perbandaran Miri yang baru dilantik En.Keith Chin, wartawan dari pelbagai media massa tempatan dan kakitangan PKM HKC.
Pelbagai acara menarik diadakan, diantaranya adalah pertandingan nyayian karaoke antara agensi media massa dan pelbagai hadiah menarik untuk cabutan bertuah.
Dalam ucapan selanjutnya, En.Hii menjelaskan dalam dunia kewartawanan yang semakin canggih ini, kemunculan media - media sosial memberi saingan yang sengit kepada wartawan dan juga agensi media cetak.Kesan daripada ini, masyarakat beralih kepada media medium baru ini kerana ianya lebih mudah dan cepat untuk diperolehi. Walaubagaimanapun, kebanyakkan masyarakat masih memilih untuk mendapatkan berita-berita terutama isu semasa daripada akbar - akbar tempatan.
"Ini membuktikan masyarakat tetap yakin akan fakta - fakta yang disediakan oleh media - media cetak dan masih yakin dan percaya kepada wartawan. Walaupun masyarakat membaca berita dan gosip yang disiarkan dalam laman - laman web, Facebook ataupun Twitter tetapi ternyata meraka masih memilih media cetak untuk mendapatkan kepastian tentang berita-beritea tersebut", kata beliau.
En. Hii menjelaskan lagi, media - media cetak serta para wartawan berperanan penting dalam menyediakan berita – berita dan informasi terkini untuk masyarakat.
"Peranan wartawan penting kerana mereka bertanggungjawab dalam menyediakan bahan - bahan berita kepada sesebuah akbar. Wartawan mencari bahan - bahan, mengumpul segala maklumat dan mengolahnya menjadi satu berita. Amat jelas masyarakat masih mengharapkan wartawan memberikan maklumat terkini sebagai bahan panduan mereka. Masyarakat juga mengharapkan media massa menyediakan berita yang tepat dan komprehensif. Kepada semua rakan wartawan yang saya hormati, berbanggalah dengan kerjaya dan usaha murni anda, juga berbanggalah diatas segala keringat serta ketekunan anda dan akhir sekali berbanggalah dengan diri anda sendiri", jelas En. Hii dalam mengakhiri ucapan beliau.
[[{"type":"media","view_mode":"media_large","fid":"120","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"359","typeof":"foaf:Image","width":"480"}}]]
En.Hii (4 dari kanan) dan Kr Lawrance Lai (3 dari kanan) bersama sebahagian daripada wartawan yang
hadir pada majlis tersebut.